Friday, October 11, 2013

KARI IKAN MASIN UBI MERAH

BAHAN-BAHAN :
150gm Ikan Talang Masin Direndam dan Direbus Selama 5 Minit.
5 Biji Bawang Merah Dimayang
3cm Halia Dihiris Nipis
2 Helai Daun Kari
100gm Ubi Merah (dipotong kiub)
100gm Nenas (dipotong kiub)
3 Sudu Makan Rempah Kari Ikan
1 Liter Santan
Garam Secukup Rasa

CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan rempah, kari dan biarkan hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan ikan talang masin, nenas dan juga ubi merah.
4. Tuangkan santan dan biarkan hingga mendidih dengan api perlahan.
5. Biarkan ubi empuk dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Tuesday, October 1, 2013

SEMPERIT MAWAR SARI

BAHAN - BAHAN : 
250gm Mentega
150gm Gula Aising
250gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
Sedikit colour rice (sebagai hiasan)

CARA MEMBUAT : 
1. Campurkan mentega dan gula aising.
2. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.
4. Gaul adunan sehingga menjadi doh.
5. Gunakan penggelek untuk mencanai dan terap dengan menggunakan acuan semperit
6. Sebagai hiasan, tabur colour rice di bahagian atasnya.
7. Akhir sekali, bakar adunan selama 25minit menggunkan suhu 150'C.

BISKUT NESTUM O LA LA

BAHAN - BAHAN :
250gm Mentega
150gm Serbuk Nestum
150gm Gula Aising
200gmTepung Gandum
50gm Tepung Jagung
50gm Tepung Ubi

CARA MEMBUAT :
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan serbuk nestum, tepung jagung, tepung gandum dan tepung ubi.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi doh.
4. Kemudian, canai dan terap menggunakan acuan kipas.
5. Akhir sekali, adunan yang telah siap, dibakar selama 20 minit.


BISKUT CORNFLAKES

BAHAN - BAHAN :
250gm Mentega
150gm Gula
300 Tepung Gandum
10gm Serbuk Penaik
Sedikit Esen Vanila
2 Biji Telur
300gm Cornflakes

CARA MEMBUAT :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan kacau hingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan cornflakes hingga menjadi sebati.
4. Doh yang telah siap hendaklah dibuat bulat dan tekan dengan menggunakan garpu.
5. Akhir sekali, bakar aduan yang telah siap dibakar selama 15minit.

KUIH BANGKIT SANTAN

BAHAN - BAHAN :
5 Cawan Tepung Ubi
2 Cawan Gula
1 Cawan Tepung Gandum
2 Biji Kelapa (diambil pati santan sahaja)
1 Biji Telur
Pewarna Merah

CARA MEMBUAT :
1. Pukul gula dan telur hingga rata.
2. Kemudian gaulkan dengan tepung ubi dan tepung gandum hingga rata.
3. Masukkan pati santan dan gaul hingga menjadi doh.
4. Uli hingga doh menjadi lembut.
5. Kemudian, canai dan terap doh menggunakan acuan.
6. Bakar sehingga masak dan letakkan pewarna merah sebagai hiasan.

CHOCOLATE CHIP RANGUP

BAHAN-BAHAN : 
250gm Mentega
200gm Gula Kastor
100gm Chocolate Chip
300gm Tepung Gandum
150gm Gula
1 Sudu Serbuk Penaik
2 Biji Telur
Sedikit Esen Vanila

CARA MEMBUAT :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, esen vanila, serbuk penaik dan kacau hingga rata.
3. Masukkan pula tepung gandum, gula kastor, chocolate chip dan kacau hingga menjadi sebati.
4. Doh yang telah siap hendaklah dibuat bulat dan tekan dengan menggunakan garpu.
5. Akhir sekali, bakar aduan hingga masak.

BISKUT TAT

BAHAN - BAHAN :
150g Mentega
100g Marjerin
70g Gula Aising Di Ayak
2 Biji Telur (diambil Kuning)
1 Camca Teh Vanila
350g Tepung Gamdum
50g Tepung Jagung
Jem Nenas Secukupnya
2 Biji Kuning Telur (untuk sapu atas kuih pula)

CARA MEMBUAT :
1. Pukul mentega, marjrin dan gula hingga sebati.
2. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata.
3. Masukkan vanila dan pukul sehingga 1-2 minit lagi.
4. Gaulkan kedua-dua jenis tepung tadi sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit demi sedikit dan letakkan dalam acuan (acuan macam buat samperit)
6. Kemudian tekan untuk mendapatkan jalur sepanjang 6cm.
7. Letak jem (yang sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulung kemas.
8. Atur atas tin pembakar yang sudah dilengser.
9. Sapukan kuning telur diatas biskut dengan kuning telur.
10. Bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit atau hingga keemasan.

TAMAT

KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN :
4 Cawan Tepung Ubi

2 Cawan Tepung Gandum
4 1/2 Cawan Gula Halus
1/2 Sudu Serbuk Penaik
4 Biji telur Ayam
1 Biji Kelapa

CARA MEMBUATNYA :
1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu.
2. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
3. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
4. Pukul telur hingga kembang dan tuangkan kedalam tepung sambil mengguli bersamanya.
5. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulikannya sehingga ianya lembut.
6. Canai dan terapkan dengan acuan yang sesuai/anda suka.
7. Seterusnya bakar dengan menggunakan api sederhana.
8. Setelah ianya kelihatan kekuningan bolehlah diangkat dan disimpan dalam balang kedap udara.

TAMAT

Thursday, September 12, 2013

Burger Sardin

hye assalamualaikum... sebenarnya hari ni tak tau nak update apa... tapi tetiba macam teringat dekat burger sardin... salah satu makanan yang Sekut suka buat dan makan dengan sos... huhu.. walaupun cara dia agak rumit (sabar jek sebab suka hancur)... tapi redah jek... hehe...

*sumber gambo dari cik gugel*

ni laa burger sardin tu... kalau tengok rupa dia secara real macam burgerdil pon ye... jom tengok resepinya...

 Bahan-bahan
~ 1 Tin Sardin 
~ 1 Biji Bawang Besar ( dipotong dadu ) 
~ 1 Biji Telur 
~ Serbuk Roti Secukupnya 
~ 1 Kiub / Serbuk Pati Ikan Bilis 
~ 1 sb Mayonis 
~ Sedikit Daun Sup/bBawang ( hiris halus ) 

cara nak buat tu sebenarnya agak rumit (pendapat saya laa..hehe)

Cara-cara
~ Asingkan ikan sardin dari sosnya, kita ambil isi sardin sahaja. 
~ Hancurkan isi sardin dan masukkan semua bahan2 yg lain.
~ Ambil sedikit adunan kepal bulat2 kemudian leperkan mcm bentuk daging burger. (kalau takut dia tka jadi... korg salut pakai telur)
~ akhir skali, goreng dgn sedikit minyak jer, ataupn guna fry pan dengan api yg sederhana sja. 
~ boleh lah dihidangkan dgn sos cili ataupn makan dgn roti